Berita Destinasi

WHCA gesa Trump pulihkan akses wartawan

Sep 20, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

WASHINGTON,20 September – Persatuan Wartawan White House (WHCA) menggesa pentadbiran Presiden Donald Trump segera memulihkan akses wartawan CNN,POLITICO dan MS NOW ke kawasan White House.

RINGKASAN BERITA AI

−

Tindakan berkenaan berlaku selepas Trump sebelum ini mengancam untuk menyekat akses organisasi media yang disifatkannya melaporkan berita palsu mengenai pentadbirannya.

Pada Sabtu,wartawan CNN,POLITICO dan MS NOW dilaporkan dihalang daripada memasuki White House,selain akses media mereka dinyahaktifkan atau ditarik balik.

Perkembangan itu mencetuskan pertikaian mengenai akses media ke White House dan hak wartawan menjalankan tugas membuat liputan mengenai pentadbiran presiden.-AFP