Berita Destinasi

Junior Innovathon kembali untuk musim kedua, saksikan malam ini di TV1

Sep 20, 2026 IDOPRESS

Foto FB Junior Innovathon

KUALA LUMPUR,20 September– Episod pertama Program Junior Innovathon 2026 yang memasuki musim ke dua penganjuran bakal menemui penonton bermula 9.00 malam ini di TV1.

RINGKASAN BERITA AI

−

Program inisiatif Kementerian Ekonomi dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi itu bakal menampilkan pelbagai produk inovasi daripada pelajar termasuk inovasi bidang makanan,aplikasi serta pembelajaran.

Juara episod akhir program pada 1 November nanti bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000.