Berita Destinasi

Sijil INSARAG bukti kepakaran, keupayaan pasukan SMART

Sep 18, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 September– Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diiktiraf sebagai antara pasukan penyelamat terbaik di peringkat antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau turut menzahirkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan SMART berikutan persediaan rapi yang telah dilakukan sejak dua tahun lalu.

“Kita telah menghantar pasukan SMART menyertai pelbagai aktiviti di dalam dan luar negara bagi meningkatkan kemahiran serta kepakaran mereka dalam kesemua 173 elemen yang ditetapkan dalam senarai semak INSARAG.

“Daripada segi kesiapsiagaan,insya-Allah pasukan kita amat bersedia. Kita yakin dengan kebolehan,ketersediaan,kemahiran,serta disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan SMART NADMA,” tambah beliau.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM14 juta bagi tujuan persediaan pensijilan semula itu,sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan Malaysia sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi pengurusan dan penanganan bencana.