Berita Destinasi

Sita kontena kargo Israel, bukti Malaysia tegas tolak persekongkolan Zionis

Sep 18, 2026 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan / Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR,18 September – Tindakan kerajaan menyita kontena kargo ketenteraan Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas,Johor adalah bukti ketegasan negara menolak sebarang persekongkolan dan bantuan logistik kepada kezaliman Zionis.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Semoga Allah SWT memelihara perjuangan pembebasan Palestin sehingga kemenangan hakiki tercapai,” katanya.

Terdahulu,AKPS dalam kenyataan memaklumkan menahan serta memeriksa sebuah kontena di PTP pada 7 Ogos lepas yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Menurut agensi itu,penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No.15 Jadual Kedua,Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel selaras dengan dasar dan ketetapan kerajaan Malaysia.