
Majlis perasmian penutupan NEXT-D 2026 disempurnakan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan). Berangkat sama,Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan) / Foto FCoEE
MEDAN,15 September – Tujuh daripada 36 kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Teknologi Digital Generasi Baharu 2026 (NEXT-D 2026) berpotensi menjadi rujukan kepada penyelidik,ahli akademik dan industri dalam penerokaan bidang kecerdasan buatan (AI).
RINGKASAN BERITA AI
−
NEXT-D 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 14 September di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU),di sini,menghimpunkan kira-kira 200 penyelidik,pakar industri dan pelajar pascasiswazah.
Persidangan itu menjadi platform membincangkan perkembangan serta inovasi terkini dalam teknologi digital,selain memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama rentas sempadan antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Indonesia.
Penganjuran tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperluas kerjasama khususnya dalam bidang teknologi digital,penyelidikan dan inovasi.
Majlis perasmian penutupan pada Isnin disempurnakan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Berangkat sama,Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda,Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.