Berita Destinasi

Pengajian turath kekal relevan dalam membentuk umat Islam – Dr Zulkifli Hasan

Sep 14, 2026 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan ketika berucap merasmikan Festival Turath Islami Malaysia 2026 di Masjid Putra / Foto Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA,14 September – Pengajian turath yang diwarisi sejak ratusan tahun lalu kekal relevan dalam membimbing dan membentuk akhlak,fikrah serta adab umat Islam masa kini,kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Turath Islami Malaysia 2026 di Masjid Putra,di sini,malam tadi.

Turut hadir,Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari,manakala tausiyah khas disampaikan oleh Ustaz Mohamad Wadi Annnuar Ayub.

Festival berkenaan memasuki edisi keempat selepas dianjurkan selama tiga tahun di Selangor sebelum dibawa ke peringkat nasional buat kali pertama tahun ini.

Dr Zulkifli berkata,festival itu turut menghimpunkan masyarakat dari seluruh negara selain menerima kehadiran jemaah dari Singapura,Brunei,Thailand dan beberapa negara Islam lain.

Antara pengisian utama festival ialah pengajian kitab al-Hikam,selain Festival Buku Islami,pameran busana serta pelbagai program ilmu yang berlangsung sehingga 20 September.

Penganjur menyasarkan lebih 100,000 pengunjung hadir sepanjang lapan hari penganjuran festival berkenaan.

Festival itu diharap terus menjadi wadah memperkukuh tradisi keilmuan Islam serta memastikan khazanah turath kekal dipelajari,difahami dan dihayati oleh generasi masa kini.