Berita Destinasi

Festival Budaya Malaysia tarik 772,192 pengunjung, jana ROI RM56.5 juta

Sep 14, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Tiong King Sing

KUALA LUMPUR,13 September– Penganjuran Festival Budaya Malaysia (FBM) berpotensi menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi melalui penglibatan pemain industri pelancongan,peningkatan aktiviti perniagaan serta pembukaan lebih banyak peluang pendapatan kepada komuniti setempat.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Budaya Malaysia 2026 di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu,kerjasama antara semua negeri penting bagi memperkukuh daya tarikan pelancongan Malaysia serta memastikan lebih ramai pelancong berkunjung ke destinasi di seluruh negara.

Pelbagai acara disediakan sepanjang FBM 2026 di Taman Tasik Titiwangsa yang bermula pada 11 hingga 16 September ini antaranya persembahan seni tradisional,pameran budaya serta pengenalan keunikan warisan dari seluruh negara,termasuk Sabah dan Sarawak.

Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan 2027 (VM2026-2027),layanan mesra serta pengalaman yang dibawa pulang pelancong menjadi sebahagian daripada imej Malaysia di mata dunia.

“Saya menyeru rakyat supaya menyambut pengunjung dengan semangat Mesra Malaysia,selain menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran serta menjadi duta kecil negara dalam memperkenalkan keunikan Malaysia,” katanya lagi.