
Foto hiasan
BANGKOK,14 September – Malaysia dan Thailand hari ini memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga menerusi pemeteraian Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dan Perjanjian Jualan Gas (GSA) baharu bagi Blok A-18-01 di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA).
RINGKASAN BERITA AI
−
PSC Blok A-18-01 dimeterai antara Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (MTJA),PC JDA Limited dan PTTEP JDX,manakala GSA turut melibatkan PETRONAS dan PTT Public Company Limited.
Akmal berkata kemajuan yang dicapai menerusi Blok A-18-01 menyediakan asas kukuh bagi pembangunan berterusan MTJDA,yang mencerminkan kerjasama hampir lima dekad antara Malaysia dan Thailand.
Beliau berkata momentum daripada perjanjian terbaharu itu seharusnya membuka jalan kepada fasa seterusnya bagi pembangunan PSC dan GSA baharu untuk Blok B-17-01.
“Momentum yang tercipta hari ini seharusnya membuka jalan kepada fasa seterusnya dalam pembangunan PSC dan GSA baharu bagi Blok B-17-01,ketika kita terus memanfaatkan sepenuhnya potensi MTJDA demi manfaat kedua-dua negara,” katanya.
Akmal turut berkata Malaysia mengharapkan rakan industri dan kontraktor menyediakan modal,teknologi,kepakaran serta komitmen jangka panjang yang diperlukan untuk membangunkan sumber terbabit secara bertanggungjawab dan berdaya maju dari segi komersial.
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul,Menteri Tenaga Thailand Akanat Promphan dan Akmal menyaksikan majlis pemeteraian itu.
Sementara itu,Akanat menyifatkan MTJDA sebagai model kerjasama dua hala yang berjaya berteraskan kepercayaan dan kepentingan bersama,sambil berkata perjanjian baharu itu menandakan satu lagi fasa penting dalam kerjasama tenaga Malaysia-Thailand.
Beliau berkata pembangunan itu berpotensi merangsang pelaburan,menyokong pembangunan mampan dan menyumbang kepada kemakmuran bersama.- BERNAMA