Berita Destinasi

KUSKOP sasar salur RM15 bilion bantuan kepada usahawan tahun ini

Sep 11, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN,11 September – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan penyaluran bantuan berjumlah RM15 bilion kepada usahawan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI

“TEKUN juga akan tambah amaun ke atas RM1 bilion itu supaya memberikan jumlah yang lebih besar. Skim yang dilaksanakan tetap akan berjalan,tetapi dengan jumlah yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan dan penyampaian kuih bulan kepada warga kerja RTM Pulau Pinang.

Menurut Steven,sehingga akhir Julai lalu,TEKUN Nasional telah menyalurkan kira-kira RM700 juta kepada lebih 31,000 usahawan.

Dalam pada itu,KUSKOP turut menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun ini bagi membantu 10,000 usahawan meningkatkan skala perniagaan mereka.

Sehingga kini,sebanyak 6,580 usahawan telah berjaya menaik taraf skala perniagaan masing-masing.