Berita Destinasi

Operasi SAR lima wartawan hilang dalam misi Anak Krakatau diperluas

Sep 9, 2026 IDOPRESS

Lima wartawan yang masih hilang ketika melaksanakan misi merakam foto dan video letusan Gunung Anak Krakatau – Foto AFP

JAKARTA,9 September – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia meneruskan operasi pencarian bagi mengesan sebuat bot laju yang membawa lapan orang,termasuk lima wartawan yang ditugaskan membuat liputan mengenai letusan gunung berapi Anak Krakatau.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kesemua wartawan Indonesia itu dalam misi merakam foto dan video letusan Gunung Anak Krakatau.

Mereka turut disertai dua kru bot dan seorang pemandu.

Kelima-lima wartawan itu bekerja dengan organisasi media tempatan dan antarabangsa,termasuk agensi berita nasional Antara,agensi berita milik kerajaan Turkiye,Anadolu serta portal tempatan,iNews.

Menurut Basarnas,salah seorang wartawan berkenaan menghubungi rakan sekerjanya dan berkongsi lokasi pada pukul 3 petang waktu tempatan Isnin,namun tiada berita diterima daripada sejak itu. – AFP