
Foto AFP
TEHRAN,9 September – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu menyerang dua kapal Amerika Syarikat (AS),lapan kapal tangki minyak dan 10 kapal yang ingkar arahan ketika cuba melalui Selat Hormuz.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut kenyataan IRGC yang disiarkan agensi berita rasmi IRNA,kesemua kapal berkenaan disasarkan ketika cuba melalui zon larangan dan tidak selamat di laluan perdagangan strategik itu.
“Dua kapal AS,lapan kapal tangki minyak dan 10 kapal yang tidak mematuhi arahan ketika cuba melalui zon larangan dan tidak selamat di Selat Hormuz telah disasarkan,” menurut kenyataan itu.