Berita Destinasi

Polis tembak mati isteri di tadika, 44 kanak-kanak selamat

Sep 9, 2026 IDOPRESS

Foto media sosial

BANGKOK,9 September – Seorang anggota polis menembak mati isterinya yang juga seorang guru di sebuah tadika di wilayah Chonburi,Thailand,pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Tiada pelajar menyaksikan kejadian itu kerana ia berlaku di luar bilik darjah.

“Suspek kemudian meninggalkan sekolah dan pulang ke rumah,manakala semua kanak-kanak dijemput oleh keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu,Gabenor Chonburi,Naris Niramaiwong dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan kesemua 44 kanak-kanak berjaya dipindahkan dengan selamat,bersama tiga guru dan tiga kakitangan lain.

Beliau berkata,polis telah mengepung rumah suspek dan sedang berunding bagi membolehkannya menyerah diri.

Motif kejadian masih belum diketahui.

Naris turut mengarahkan tadika berkenaan ditutup dan bantuan sokongan psikologi disediakan kepada kanak-kanak serta kakitangan yang menyaksikan kejadian itu.

Pada 2022,seorang bekas anggota polis bersenjatakan pistol dan pisau menyerbu sebuah pusat asuhan kanak-kanak di utara Thailand,mengorbankan 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa. – AFP