
Datuk Seri Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA,9 September – Kerajaan akan mengambil langkah proaktif dan menyeluruh bagi membendung peningkatan kes denggi yang ketara ketika ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jemaah Menteri juga telah dimaklumkan apabila proses semburan kabus (fogging) dilakukan,nyamuk-nyamuk Wolbachia yang mampu merencatkan virus denggi yang disebarkan nyamuk Aedes ini.
“Jadi virus itu tidak dapat dibiakkan,dan disebarkan namun nyamuk-nyamuk Wolbachia ini akan mati kesan daripada proses fogging yang dilakukan,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.
Menurut Datuk Seri Fahmi,jumlah kes denggi menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus pada minggu epidemiologi ke-35,berbanding tempoh sama pada 2025’
Pada minggu epidemiologi ke-35 2025,sebanyak 39,616 kes denggi direkodkan,manakala pada tahun 2026 sebanyak 65,979 kes.
Sementara itu,jumlah kumulatif kematian akibat denggi sehingga minggu epidemiologi ke-35 tahun 2025 adalah sebanyak 32 kes,berbanding 62 kes bagi tempoh sama tahun ini sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 93.8 peratus.