
Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil/Foto Bernama
CYBERJAYA,7 September– Penyalahgunaan platform e-dagang dan pasaran dalam talian bagi tujuan penjualan dadah semakin membimbangkan,terutama apabila kegiatan itu berpotensi menular ke kawasan luar bandar.
RINGKASAN BERITA AI
−
“MCMC dijadual mengadakan pertemuan dengan salah satu platform yang dipercayai terbabit dalam penjualan bahan terlarang termasuk fentanyl atau ‘piu-piu’,” katanya selepas sesi pembukaan bengkel kerjasama strategik Pusat Komuniti Desa (PKD) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),hari ini di menara MCMC di sini.
Dalam pada itu,Fahmi berkata aspek keselamatan digital perlu diperkasa secara menyeluruh,khususnya dalam kalangan golongan muda yang semakin aktif menggunakan platform dalam talian.
Selain penjualan dadah,pengguna turut berdepan pelbagai ancaman lain termasuk penipuan dalam talian.
Beliau berkata,usaha memperkukuh literasi digital perlu bergerak seiring agenda kerajaan memperluas akses teknologi melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pusat Komuniti Desa (PKD).
“Kemudahan internet yang disediakan kerajaan bukan sekadar merapatkan jurang digital,tetapi perlu dimanfaatkan untuk membina masyarakat yang lebih celik teknologi serta mampu melindungi diri daripada ancaman di alam siber,” katanya.