Berita Destinasi

Polis London guna e-basikal buru pencuri telefon bimbit

Aug 27, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

LONDON,27 Ogos – Polis Metropolitan London memperluas penggunaan basikal elektrik (e-basikal) berkelajuan tinggi bagi membanteras jenayah jalanan,khususnya kes kecurian telefon bimbit di ibu negara Britain itu.

RINGKASAN BERITA AI

Timbalan Datuk Bandar London bagi Polis dan Jenayah,Kaya Comer-Schwartz berkata,usaha membanteras kecurian telefon perlu dilaksanakan seiring dengan penambahbaikan sistem keadilan jenayah serta sokongan kepada mangsa.

Menurutnya,pendekatan lebih menyeluruh diperlukan bagi memastikan usaha menangani jenayah bukan sahaja memberi tumpuan kepada suspek,tetapi turut melindungi dan membantu mangsa. – REUTERS