
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,4 Ogos –Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia sedang memuktamadkan Draf Garis Panduan Perancangan Fizikal Warga Emas (GPP EMAS) yang akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan mesyuarat Jemaah Menteri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Katanya,draf tersebut turut menetapkan standard ruang minimum bagi pusat jagaan warga emas,termasuk penyediaan sekurang-kurangnya tiga meter persegi bagi setiap penghuni.
“Ia tidak termasuk ruang sokongan serta sembilan meter persegi bagi setiap bilik warga emas bagi memastikan keselesaan,privasi dan penyampaian perkhidmatan penjagaan yang berkualiti,” katanya.
Pada masa sama jelasnya,GPP EMAS memberi penekanan kepada pendekatan “ageing in place” iaitu membolehkan warga emas terus tinggal di kediaman atau komuniti sedia ada secara berdikari,selamat dan berkualiti.
“Pendekatan itu disokong melalui penyediaan rangkaian pejalan kaki yang selamat dan bebas halangan,akses kepada pengangkutan awam,ruang rekreasi,kemudahan kesihatan serta kemudahan asas yang mudah diakses,” jelasnya.