Berita Destinasi

RS-2: Ekonomi Selangor disasar berkembang RM612.5bil, KDNK 6.3 peratus

Aug 4, 2026 IDOPRESS

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari / Foto Facebook Amirudin Shari

SHAH ALAM,4 Ogos – Ekonomi Selangor disasar berkembang kepada RM612.5 bilion menjelang 2030 menerusi pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

RINGKASAN BERITA AI

−

“Oleh itu,sasaran pertumbuhan KDNK Selangor adalah 6.3 peratus berdasarkan asas ekonomi negeri yang kukuh di sokong momentum pelaburan dan aktiviti ekonomi yang berterusan. Kerajaan Negeri menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing dalam tempoh RS-2,” katanya.

Tambah beliau,pencapaian tersebut turut didorong keberkesanan pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di samping usaha berterusan memperkukuh sektor perkhidmatan,pembuatan berteknologi tinggi,perdagangan,logistik,pelaburan serta perusahaan mikro,kecil dan sederhana.

“Prestasi pertumbuhan ekonomi Selangor yang melebihi sasaran tahun lalu membuktikan negeri ini terus kekal sebagai penyumbang terbesar dan enjin utama pertumbuhan ekonomi negara.

“Prestasi ini didorong asas ekonomi negeri yang kukuh serta pengukuhan sektor perkhidmatan,pelaburan dan perusahaan mikro,kecil serta sederhana,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ADUN Pandamaran,Leong Tuck Chee di Dewan Negeri Selangor di sini.