Berita Destinasi

Transformasi ekonomi, pemacu sasaran pampasan pekerja 40 peratus menjelang 2030

Aug 3, 2026 IDOPRESS

Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM

KUALA LUMPUR,3 Ogos – Kerajaan menjadikan transformasi struktur ekonomi sebagai pemacu utama bagi meningkatkan bahagian pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata kerajaan turut memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),menyelaras dasar gaji dan memperluaskan Dasar Gaji Progresif sekiranya terbukti memberi impak positif terhadap pendapatan pekerja.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengenai strategi kerajaan bagi meningkatkan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2030 selaras dengan sasaran bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Negara hari ini.