Berita Destinasi

JPA peraku 66,312 jawatan baharu tanpa tukar ganti kepada KKM 


Jul 19, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan / Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA,18 Julai – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperakukan pewujudan 66,312 jawatan baharu tanpa tukar ganti kepada Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan implikasi kewangan RM6.7 bilion bagi memperkukuh sistem kesihatan awam negara.

RINGKASAN BERITA AI

“Pewujudan jawatan baharu,pengukuhan laluan kerjaya petugas kesihatan serta pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

JPA memaklumkan berdasarkan Petunjuk Kesihatan Malaysia 2025 yang diterbitkan KKM,nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk di peringkat nasional kini berada pada sekitar 1:403,sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan bagi 2026.

“Bagaimanapun,pencapaian tersebut tidak bermaksud semua fasiliti kesihatan mempunyai kapasiti sumber manusia yang sama.

“Terdapat perbezaan yang ketara dalam taburan Pegawai Perubatan antara negeri dan wilayah. Sebagai contoh,nisbah Pegawai Perubatan kepada penduduk di Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah sekitar 1:19,jauh melebihi purata nasional,” menurut kenyataan itu.

JPA memaklumkan yang statistik ini menunjukkan bahawa cabaran semasa bukan lagi semata-mata berkaitan pewujudan jawatan baharu.

“Sebaliknya,cabaran kini tertumpu kepada aspek pengagihan,penempatan dan penggunaan sumber manusia secara optimum supaya setiap hospital dan fasiliti kesihatan mempunyai kapasiti yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” menurut JPA. – BERNAMA