
Ujian penerbangan ke-13 roket Starship milik SpaceX ditangguhkan/ REUTERS
TEXAS,17 Julai – Ujian penerbangan ke-13 roket Starship milik SpaceX ditangguhkan selepas sistem keselamatan mengaktifkan pembatalan automatik pada saat-saat akhir sebelum pelancaran di Starbase,di sini,pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebaik sahaja pelancaran dibatalkan,proses mengeluarkan bahan api daripada roket penggalak dan kapal angkasa segera dimulakan.
Walaupun keputusan berkenaan bukan seperti yang diharapkan,kedua-dua kenderaan angkasa itu masih berada dalam keadaan selamat di tapak pelancaran.
“Pasukan kini sedang mengeluarkan bahan api daripada kedua-dua kenderaan angkasa. Kami akan mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti punca pembatalan yang berlaku ketika enjin penggalak mula dihidupkan sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya.
Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX,Elon Musk menerusi hantaran di platform X memaklumkan beberapa enjin gagal dihidupkan,sekali gus menyebabkan sistem pembatalan pelancaran diaktifkan secara automatik.
Percubaan pelancaran seterusnya dijangka dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.- REUTERS