Berita Destinasi

Korban gempa bumi Venezuela meningkat lebih 4,000

Jul 11, 2026 IDOPRESS

foto AFP

CARACAS,11 Julai – Angka korban akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela pada 24 Jun lalu meningkat kepada 4,118 orang.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,gegaran susulan berukuran 3.0 magnitud menggegarkan tengah Caracas pada Jumaat,mencetuskan panik seketika dan memaksa beberapa bangunan dikosongkan.

Dalam perkembangan berkaitan,Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan rayuan kecemasan berjumlah hampir AS$300 juta bagi menyokong operasi bantuan dan pemulihan pascagempa.

Presiden sementara Venezuela,Delcy Rodriguez,turut menggesa aset negara yang dibekukan di luar negara dilepaskan bagi membantu usaha pemulihan,termasuk kira-kira 30 tan emas Venezuela yang dibekukan di United Kingdom di bawah sekatan antarabangsa.-AFP