Berita Destinasi

Tiada ancaman tsunami susulan gempa di Mindanao petang ini – METMalaysia

Jun 9, 2026 IDOPRESS

METMalaysia

KUALA LUMPUR,9 Jun- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 yang berlaku di Mindanao,Filipina pada pukul 2.15 petang tadi,menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI

−

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.3d darjah utara dan 125.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut jabatan itu,lokasi gegaran adalah kira-kira 142 km selatan dari Koronadal City,Filipina.

MetMalaysia berkata pemantauan berterusan sedang dijalankan dari semasa ke semasa bagi menilai sebarang perkembangan lanjut.