Berita Destinasi

TH raih Anugerah Labaytum Diamond 2026 buat tahun kedua berturut- turut

Jun 1, 2026 IDOPRESS

Foto FB Tabung Haji

MEKAH,1 Jun – Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Labaytum Diamond 2026 daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi tahun kedua berturut-turut.

RINGKASAN BERITA AI

“Penerimaan Anugerah Labaytum Diamond bagi tahun kedua berturut-turut serta pengiktirafan kali kelima kepada TH merupakan satu penghormatan besar hasil kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan dan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat,”katanya.

Dalam pada itu,Ketua Pegawai Eksekutif TH,Mustakim Mohamad berkata,anugerah berkenaan mencerminkan kejayaan usaha transformasi organisasi yang dilaksanakan secara berterusan,termasuk pemerkasaan operasi,peningkatan keupayaan digital serta penambahbaikan proses kerja.

“Tumpuan utama TH kekal kepada usaha mempertingkat mutu perkhidmatan agar jemaah haji Malaysia dapat menunaikan ibadah dalam suasana yang lebih cekap,selesa dan selamat,” katanya.

TH sebelum ini turut menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Labaytum bagi kategori Bimbingan Haji Terbaik di Dunia Islam serta Perkhidmatan dan Program Haji Terbaik pada 2023,Perkhidmatan Terbaik untuk Pejabat Hal Ehwal Haji pada 2024,dan Anugerah Diamond pertama pada 2025.

Anugerah Labaytum merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam ekosistem haji global yang menilai kecemerlangan operasi,kebajikan jemaah,perkhidmatan kesihatan,program bimbingan,pengurusan logistik,inovasi digital serta keseluruhan pengalaman jemaah.