
Foto Reuters
QUETTA,25 Mei – Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 70 lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Quetta,wilayah barat daya Balochistan,Pakistan pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Perdana Menteri Pakistan,Shehbaz Sharif mengecam insiden berkenaan sebagai “letupan bom kejam” menerusi hantaran di media sosial,selain merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menegaskan solidariti kerajaan terhadap rakyat Balochistan.
Pihak berkuasa Pakistan kini memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan terlibat,manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan tersebut.