Berita Destinasi

Cadangan Kementerian Undang-Undang perkukuh urusan perundangan

Apr 20, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Azalina Othman Said

PUTRAJAYA,20 April– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said,menyatakan harapannya agar cadangan penubuhan sebuah kementerian khusus,iaitu Kementerian Undang-Undang,dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI

−

Meskipun cadangan itu merupakan pandangan peribadi,namun wajar dipertimbangkan sebagai dasar kerajaan pada masa hadapan.

Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Forum Undang-Undang ASEAN 2025 berkata kerajaan sedang mempertimbang penubuhan sebuah Kementerian Undang-Undang khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu.

Menurut Datuk Seri Anwar kemampanan perlu diberi penekanan selain membina sistem serta institusi undang-undang yang mampu bertahan dan kekal relevan sepanjang zaman.