Berita Destinasi

Gempa kuat landa Kepulauan South Shetland

Mar 20, 2026 IDOPRESS
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud dilaporkan berlaku di Kepulauan South Shetland pada pukul 8.22 pagi tadi.

Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR,20 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud dilaporkan berlaku di Kepulauan South Shetland pada pukul 8.22 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan,gempa berkenaan berpusat pada koordinat 61.1 darjah selatan dan 56.6 darjah barat dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi tersebut berada pada jarak 2,449 km selatan dari Puerto Montt,Chile.

MET Malaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.