Berita Destinasi

EBN kembali rancakkan hasil pengusaha sarang burung walit tempatan

Nov 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU,21 November - Pemeteraian protokol baharu Sarang Burung Boleh Dimakan (EBN) yang dimeterai Malaysia-China pada 13 November lepas merancakkan kembali usaha penternak tempatan,susulan pembukaan semula pasaran sarang burung walit Malaysia ke China.

Pemetaraian EBN yang bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan pertanian dua hala bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran malah menambah pendapatan pengusaha tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun mengingatkan pengusaha tempatan agar mematuhi standard ditetapkan bagi memastikan produk memenuhi syarat ketat pihak berkuasa China.

"Kita harap penternak atau pengusaha sarang burung walit termasuk di Sabah dapat mempergiat kegiatan mereka untuk menempatkan produk dalam pasaran China.

"Secara purata,eksport sarang burut walit ke China sekitar RM1.5 bilion setahun dan ia boleh meningkat kepada RM2.8 bilion menjelang 2030," jelasnya kepada media di sini.

Eksport EBN sebelum ini pernah dihentikan sementara pada akhir 2024.

Dalam pada itu,cadangan untuk menambah kilang pemprosesan Sabah diteliti seiring komitmen negeri tersebut untuk menjadi hab kepada pengeluaran dan pemasaran produk sarang burung walit dunia.