Berita Destinasi

Banjir kilat Kuala Muda: PPS Kampung Bukit Belah diaktifkan

Nov 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto APM

SUNGAI PETANI,7 November -Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah daerah Kuala Muda berikutan banjir kilat di kawasan itu,susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Kedah dalam kenyataan memaklumkan,PPS terlibat diaktifkan pukul 12.00 tengah hari dengan10 orang daripada enam keluarga.

"Bilangan yang terjejas banjir yang akan ditempatkan di PPS itu dijangka meningkat,"

Sementara itu,dua sungai diKedah iaitu Sungai Jarak daerah kulim dan SungaiTiti Kerbau,Kubur Panjang daerah Pendang berada paras amaran termasuk Sungai Pedu di Padang Terap.