Berita Destinasi

PM Anwar hadir AELM 2025 di Gyeongju

Oct 31, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

GYEONGJU,31 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AELM) 2025 di sini,hari ini.

Fokusnya terarah kepada pengukuhan kesalinghubungan,inovasi dan mencapai pembangunan dengan menangani cabaran global secara bersama.

Ia selari tema Membina Masa Depan Mampan yang ditetapkan Korea Selatan,sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun ini.

Hasil utama AELM 2025 adalah Deklarasi Gyeongju yang dijangka akan diluluskan kesemua 21 pemimpin ekonomi APEC.

Selain itu,tiga dokumen dijangka diterima pakai sebagai hala tuju APEC dalam mendepani perkembangan semasa.

Ini termasuk Inisiatif Kecerdasan Buatan APEC dan Rangka Kerja Kolaboratif bagi Perubahan Demografi.

Juga,Kenyataan Pemimpin mengenai Kerjasama dalam Industri Budaya dan Kreatif.

AELM 2025 berlangsung dua hari hingga esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Hwabaek,Gyeongju.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden Korea Selatan,Lee Jae Myung.