Berita Destinasi

Mohd Yazid konduktor orkestra berbakat, insan seni berjiwa luhur - PM

Oct 29, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pemergian Mod Yazid kehilangan besar buat dunia seni tanah air / FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,29 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Konduktor Orkestra Tradisional,Allahyarham Mohd Yazid Zakaria yang meninggal dunia hari ini.

Menurut beliau,pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,memandangkan sumbangan dan bakatnya telah mengangkat martabat muzik tradisional negara ke peringkat tinggi.

“Allahyarham bukan sekadar seorang konduktor berbakat,tetapi insan seni berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan hati dan memperindah jiwa bangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Allahyarham Mohd Yazid sebelum ini mengetuai persembahan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) semasa Majlis Makan Malam Gala ASEAN yang berlangsung baru-baru ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,yang dimaklumkan bakal meraikan perkahwinan anakanda beliau pada 1 November ini.

Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.