Wanita maut dalam nahas di Siburan

Oct 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO JBPM Sarawak

SIBURAN,15 Oktober - Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Keromboi,pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.40 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan yang tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta jenis sedan.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Nur Hafinda,49 tahun,disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,manakala rakannya,Mering anak Singing,30 tahun,mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

"Pemandu kereta sedan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," menurut PGO JBPM Sarawak.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi.