Pemandu lori cedera langgar longgokan batu di Kuari

Jul 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lori melanggar longgokan batu di kuari/Foto RTM

SUNGAI BAKAP,18 Julai - Seorang pemandu lori warga Indonesia cedera selepas kenderaan dipandunya melanggar longgokan batu di kawasan kuari di Jalan Lima Kongsi 5,Sungai Bakap,pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat,Aznan Harun,lori jenis tipper itu membawa muatan batu sebelum terbabas dan melanggar longgokan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Yori,25 tahun,telah dikeluarkan oleh rakan sekerja dan dihantar ke hospital berdekatan sebelum bomba tiba di lokasi.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya,bagi rawatan lanjut.

Pasukan bomba dari Balai Nibong Tebal yang tibapad apukul 9.22 pagi hanya menjalankan pemantauan lokasi bagi memastikan tiada risiko kebakaran atau bahaya lain.

Tiada runtuhan dilaporkan. Punca kemalangan sedang disiasat.