Malaysia-New Zealand perkukuh kerjasama pendidikan tinggi

Jul 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kedua-dua upacara itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid disela-sela sesi lawatan beliau ke New Zealand.

WELLINGTON,16 Julai - Jaringan antarabangsa institusi pendidikan Malaysia terus diperkukuh menerusi kerjasama akademik dengan dua institusi pendidikan terkemuka di New Zealand.

Ia melibatkan pertukaran dokumen kolaborasi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dengan Victoria University of Wellington.

Memorandum kerjasama itu merangkumi pelaksanaan penyelidikan bersama,program mobiliti pensyarah dan pelajar,pertukaran kurikulum,serta pembangunan profesional dalam bidang pendidikan.

Dalam majlis berasingan,Universiti Kuala Lumpur dan University of Canterbury turut menandatangani Surat Hasrat.

Ia bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang kejuruteraan kimia dan proses,teknologi makanan halal dan pembangunan lestari.

Kedua-dua upacara itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid disela-sela sesi lawatan beliau ke New Zealand.