Penurunan OPR oleh Bank Negara langkah proaktif rangsang ekonomi negara

Jul 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel,Hafidzi Razali/ Foto RTM

KUALA LUMPUR,15 Julai - Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini merupakan langkah proaktif bagi merangsang ekonomi negara susulan ketidaktentuan geopolitik global,termasuk isu tarif Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel,Hafidzi Razali,langkah ini membolehkan lebih banyak aliran tunai dalam pasaran,sekali gus memberi pengguna lebihan wang untuk berbelanja.

''Secara tidak langsung akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dengan adanya kuasa pembeli daripada permintaan domestik.

''Selain itu,meringankan beban pembeli terutamanya dari segi kos sara hidup,'' katanya ketika ditemubual RTM di Angkasapuri Kota Media,di sini.

Sementara itu,Hafidzi berkata negara memerlukan langkah strategik jangka panjang bagi menangani isu tarif timbal balas AS yang akan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Sekiranya tarif tidak dikurangkan,negara perlu proaktif dengan mempelbagaikan pasaran eksport dan tidak terlalu bergantung kepada rakan dagang tradisional seperti AS dan China.

''Malaysia harus mempelbagaikan pasaran daripada tertumpu kepada AS dan China.

"Jika berlaku konflik geopolitik yang melibatkan kedua-dua negara ini atau mana-mana negara sekalipun,sekurang-kurangnya kita ada rakan dagang yang pelbagai untuk mengatasi ketidaktentuan yang mungkin terpakai kepada satu negara atau negara lain,'' tambahnya.

##