OPR dijangka turun 25 mata asas pada separuh kedua

Jul 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Fail

KUALA LUMPUR,1 Julai- Bank Negara Malaysia (BNM) diramal mengekalkan pendirian berhati-hati dan mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.

Unjuran ini berdasarkan petunjuk monetari yang bercampur-campur,ketidaktentuan dasar perdagangan yang berlanjutan serta tekanan inflasi yang masih lemah.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB),ketidaktentuan dasar perdagangan global juga dijangka kekal tinggi,terutamanya apabila Malaysia menghampiri tempoh akhir rundingan 90 hari dengan Amerika Syarikat (AS).

"Indikator monetari juga bercampur-campur pada Mei dengan penawaran wang menguncup dan melonjak sehingga 4.4 peratus tahun ke tahun daripada 3.8 peratus pada April lepas.

''Bagaimanapun,penawaran wang meluas susut kepada 2.7 peratus daripada 3.2 peratus,'' menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Selain itu,petunjuk utama pinjaman juga bercampur-campur dengan kelulusan pinjaman meningkat,permohonan pinjaman sederhana manakala pengeluaran pinjaman pula susut.

Sementara itu,pelabur asing beralih menjadi pembeli bersih bon dan ekuiti tempatan sepanjang bulan berkenaan,sepanjang bulan tersebut.