Kerajaan pertimbang perkenal skim insurans asas, kurangkan inflasi kos perubatan

Jun 27, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 Jun- Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah untuk memperkenalkan skim insurans asas bagi mengurangkan kesan inflasi kos perubatan yang membimbangkan rakyat.

Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,pembangunan skim itu nanti akan melibatkan pengendali insurans dan takaful (ITO) serta wakil sektor kewangan.

“Antara usaha yang kita ada adalah melalui program RESET untuk melihat macam mana kita mahu mewujudkan skim insurans asas untuk rakyat Malaysia.

''Cadangan penubuhan skim berkenaan masih dalam peringkat perbincangan bagi memastikan pelaksanaannya memberikan manfaat dan tidak membebankan mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Insiatif Belanjawan 2025.

Tambahnya,beberapa model pelaksanaan sedang dipertimbangkan ketika ini,termasuk pendekatan seumpama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

''Matlamat utamanya adalah membangunkan produk yang benar-benar bersesuaian dengan keperluan rakyat Malaysia,'' jelasnya.