Malaysia berpeluang kukuh eksport kayu ke AS susulan tarif baharu

Jun 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,20 Jun- Malaysia berpotensi meraih kelebihan daya saing dalam eksport produk perkayuan ke Amerika Syarikat (AS).

Ini susulan tindakan Washington mengenakan tarif lebih tinggi terhadap pesaing serantau termasuk Vietnam dan Indonesia.

Pengarah Bahagian Keluaran Hutan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),Wan Tarmeze Wan Ariffin berkata langkah itu membuka ruang kepada Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal utama produk perkayuan dan perabot ke pasaran AS.

Menurutnya,Vietnam yang sebelum ini merupakan antara pengeksport perabot terbesar di rantau Asia Tenggara kini berdepan tarif sehingga 46 peratus,jauh lebih tinggi berbanding Malaysia yang hanya dikenakan levi import sebanyak 24 peratus.

Peningkatan tarif itu ekoran dari kebimbangan AS terhadap kemungkinan China menggunakan negara berkenaan sebagai hab pengeluaran untuk mengelak sekatan perdagangan.

Bagaimanapun,tarif berkenaan yang diumumkan pada 2 April telah ditangguhkan selama 90 hari hingga awal Julai bagi memberi ruang kepada rundingan antara AS dan negara-negara rakan dagangnya.

Pada 2022,nilai eksport produk kayu dan berasaskan kayu Malaysia ke AS mencecah RM7.73 bilion,meningkat hampir dua kali ganda berbanding RM3.76 bilion pada 2018.

Antara produk eksport utama termasuk perabot,balak,venir,papan lapis dan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF).