Lelaki maut kereta rempuh lori di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai

May 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail

MACHANG,6 Mei - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai,di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata dalam kenyataan berkata,kereta dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

"Akibat kemalangan itu,mangsa,46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222.