Fadillah akan adakan lawatan kerja rasmi ke Turkiye, London

Apr 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 April- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama empat hari ke Turkiye dan London,United Kingdom bermula Selasa ini.

Lawatan ke Ankara,Turkiye merupakan susulan lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 hingga 11 Februari lepas.

Ia bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga susulan pertukaran surat hasrat di antara kedua-dua kerajaan.

Menurut kenyataan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA),Fadillah juga akan mengadakan lawatan kerja ke Syarikat GEAS untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang strategik tersebut.

Beliau seterusnya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Masa Hadapan Keselamatan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan United Kingdom.

Fadillah turut akan mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri tenaga serta ketua-ketua organisasi antarabangsa tenaga.