Berita Destinasi

Tarif AS, P Pinang komited lindung kebajikan pekerja sektor terkesan

Apr 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

BAYAN LEPAS,17 April- Pulau Pinang kekal komited akan melindungi kebajikan pekerja sektor terkesan susulan pengumuman kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat AS.

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berkata ia antara perkara yang disuarakan pemain industri dalam sesi meja bulat.

Namun menurut beliau masih terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan walaupun diberikan penangguhan selama 90 hari dan Malaysia masih menunggu rundingan dengan Washington.

"Yang penting adalah untuk melindung ipara pekerja kita daripada menerima impak hingga mungkin kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

"Saya fikir perkara ini terlalu awal,jadi kita perlu tunggu untuk melihat impak selepas penangguhan 90 hari. Tiada sesiapa boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku. Sememangnya tarif ini akan membawa impak ke seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 bersama Timbala Ketua Menteri I Pulau Pinang dengan kerjasama agensi-agensi Islam negeri di Pusat Konvensyen Setia SPICE,Bayan Lepas.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Tambahnya,delegasi Kementerian Perdagangan,Pelaburan dan Industri Malaysia (MITI) diketuai Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan berlepas ke Washington awal minggu depan bagi melakukan rundingan.

Rabu lepas,Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump mengumunkan penangguhan selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia.