Berita Destinasi

Kemasukan ke MRSM perlu diuji secara holistik

Apr 18, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengerusi MARA,Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki/Foto Fail

KUALA LUMPUR,17 April - Ujian kecenderungan bagi memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak boleh dipakai sepenuhnya dalam menilai dan menggambarkan sahsiah keperibadian seseorang pelajar itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr. Asyraf Wadji Dusuki berkata,seperti Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM),ia menilai subjek teras bagi melihat kecemerlangan pelajar daripada segi akademik dan ujian psikometrik untuk melihat kecenderungan secara umum sahaja.

"Sebagai institusi yang mendidik MRSM khususnya kita perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Maknanya,pelajar-pelajar yang masuk tingkatan satu itu adalah untuk kita bangunkan secara holistik kerana membangunkan pelajar yang seimbang,tidak kira kecemerlangan akademiknya.

"Tetapi,kita juga memastikan daripada segi akhlak,sahsiah,budi pekerti akal budi adab itu pun perlu diberikan perhatian dan teras agamanya mesti kuat dan kita memperkenalkan program Ulul Albab," kata Dr. Asyraf kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri.

Beliau sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi dengan budaya buli terutamanya dalam kalangan pelajar.