Berita Destinasi

Kerajaan perkasa industri semikonduktor, pantau kesan tarif AS

Apr 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,10 April- Malaysia terus memantau perkembangan berhubung kenaikan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS),meski ketika ini industri semikonduktor tidak terjejas secara langsung dengan isu tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing.

Anwar yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) buat kali kedua pada tahun ini telah mempertimbangkan beberapa laporan kemas kini melibatkan dasar penting berkaitan pelaburan negara.

Beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan pembiayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

"Ia penting untuk menangani jurang pembiayaan syarikat tempatan berdasarkan rantaian nilai semikonduktor serta projek integrasi mendatar industri berteknologi tinggi selaras dengan dasar New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan NSS," kata kenyataan itu.

Antara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat,termasuk agenda reformasi ekonomi negara perlu diteruskan termasuk reformasi industri melibatkan Pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park.