Berita Destinasi

Myanmar gantung permohonan visa pelancong

Apr 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR,9 April- Kementerian Imigresen dan Penduduk Myanmar mengumumkan bahawa permohonan visa pelancong akan digantung buat sementara waktu mulai 3 April berikutan gempa bumi baru-baru ini,menurut Kedutaan Besar Malaysia di Yangon pada Rabu.

Kedutaan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pengumuman lanjut akan dibuat sebaik sahaja perkhidmatan itu disambung semula.

“Permohonan visa perniagaan akan terus diterima seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Mac lepas,gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda tengah Myanmar dan turut menjejaskan negara jiran,Thailand.

Media melaporkan bahawa angka korban akibat gempa bumi dahsyat itu di Myanmar telah meningkat kepada 3,645 orang manakala 5,017 orang cedera dan 148 lagi masih hilang setakat 6 petang waktu tempatan pada Selasa.- BERNAMA