Berita Destinasi

YAPEIM sumbang RM30,000 kepada pelajar berkeperluan di Johor

Mar 19, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

JOHOR BAHRU,18 Mac- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memberi sumbangan sebanyak RM30,000 kepada pelajar berkeperluan di Johor.

Naib Canselor UTM,Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim berkata,RM10,000 diberikan kepada100 pelajar berkeperluan manakala selebihnya sebagai sumbangan sagu hati kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam negeri itu.

"Sudah tentunya calon-calon yang akan dipilih untuk menerima sumbangan adalah yang berkelayakan.

"Mereka terdiri daripada golongan sangat memerlukan sebagai persediaan kepada mereka sempena dengan sambutan Aidilfitri. Pemberian sumbangan ini,termasuk kumpulan B40 dan yang paling utama golongan asnaf," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Program Ramadan MADANI YAPEIM 2025 di UTM Skudai di sini.

Dalam pada itu YAPEIM turut menyumbangkan RM10,000 untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa.