Berita Destinasi

Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan lori dan MPV

Mar 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO BOMBA BINTULU

BINTULU,11 Mac- Tiga individu maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Pesisir Kidurong-Samalaju di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata mangsa yang maut ialah pemandu MPV iaitu lelaki berusia 39 tahun,serta dua penumpang wanita berumur 44 dan 22 tahun.

Dua lagi penumpang lelaki mengalami kecederaan parah,manakala pemandu lori patah kaki.

Dua kelindan lori hanya mengalami cedera ringan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Wan Kamarudin berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.51 pagi.



FOTO BOMBA BINTULU