Berita Destinasi

OPR dijangka terus kekal 3% sepanjang tahun ini

Mar 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,7 Mac- Firma penyelidikan dan bank pelaburan menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus kekal pada tiga peratus sepanjang tahun ini.

Jelas Maybank Investment Bank,pengekalan pada tahap semasa akan menyokong permintaan domestik,selari unjuran pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini.

Menurut bank pelaburan itu,Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.9 peratus tahun ini,berbanding 5.1 peratus pada 2024.

Ia didorong ketidak-tentuan dasar perdagangan dan perang tarif serta cabaran global lain.

Namun,faktor domestik seperti perbelanjaan pengguna yang kukuh dan peningkatan pelaburan dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu,BMI Country Risk & Industry Research (BMI) menyatakan,inflasi yang terkawal membolehkan bank pusat mengekalkan kadar semasa.

Kadar purata inflasi bagi tempoh 10 tahun ketika ini,berada pada dua peratus.

Firma itu meramalkan inflasi berkemungkinan meningkat kepada 2.4 peratus tahun ini daripada 1.8 peratus pada 2024.