Berita Destinasi

Wisma Putra berjaya angkat imej negara di pentas antarabangsa - PM

Mar 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

PUTRAJAYA,9 Mac – Wisma Putra terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan ikhtiar Kerajaan MADANI bagi meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan tersebut dapat dilihat menerusi lawatan beliau ke luar negara,termasuk ke negara-negara anggota ASEAN,yang memperlihatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

"Terima kasih kepada warga Kementerian Luar kerana dapat mengangkat ikhtiar dan usaha yang membanggakan serta dibebankan dengan tugas yang jauh lebih besar berbanding beberapa tahun sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar,di sini.