Berita Destinasi

IPP pembuatan Malaysia, catat peningkatan tertinggi sejak Ogos lalu

Mar 4, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 Mac- Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia oleh S&P Global meningkat kepada 49.7 pada Februari 2025.

Menurut S&P Global,ia merupakan bacaan tertinggi sejak Ogos tahun lepas.

IPP terkini kekal konsisten dengan pertumbuhan sederhana yang ditunjukkan data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2025.

Sekali gus,meneruskan trend yang dicatatkan pada suku ketiga dan keempat tahun lepas.

"Pengeluaran sektor pembuatan juga berkembang secara berterusan sehingga awal 2025,menerusi peningkatan pesanan baharu,kali pertama dalam tempoh sejak Oktober tahun lepas.

"Peningkatan dicatatkan keseluruhan perniagaan baharu,sebahagiannya didorong pertumbuhan jualan domestik," menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan,data Februari menunjukkan trend yang semakin baik dalam sektor pembuatan Malaysia,walaupun keadaan kekal mencabar secara amnya.