Berita Destinasi

Pemetaan kluster diperlukan kukuhkan pasaran Bumiputera

Feb 28, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengarah MINDA-UKM,Profesor Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali / Foto RTM

BANGI,28 Februari – Penguasaan pasaran Bumiputera perlu diperkukuh secara menyeluruh menerusi pemetaan kluster dalam sektor utama bagi memastikan penyertaan ekonomi yang lebih berkesan.

Pengarah MINDA-UKM,Profesor Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata meskipun agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera menunjukkan peningkatan dari segi penyertaan dan pemilikan,aspek penguasaan pasaran masih belum mencapai tahap memuaskan.

Beliau menjelaskan bahawa pemetaan kluster harus memberi tumpuan kepada keseluruhan rantaian ekonomi,termasuk pembekalan,pengilangan,pengedaran dan pelaburan.

"Tetapi adakah kita memenuhi semua rantaian dalam sektor kesihatan? Contohnya,pembekal ubat,farmasi,pembekal alat-alatan,insurans kesihatan. Jadi,ini adalah satu kluster yang perlu digerakkan dengan lebih teratur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Bicara Persada – Setahun Kongres Ekonomi Bumiputera,di sini.

Antara sektor utama yang perlu diberi perhatian termasuk aeroangkasa,tenaga boleh baharu,teknologi digital dan perindustrian.