Berita Destinasi

Perlu wujudkan jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

Feb 19, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed / Foto RTM

SEPANG,19 Februari -Kerajaan disaran mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyelaras pertubuhanbukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan misi bantuan kemanusian di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata penubuhan itu untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan terhadap sumbangan yang diberikan rakyat Malaysia.

"Buat masa ini misi bantuan daripada NGO di Malaysia kebanyakan bersifat ad hoc dan kurang teratur yang memerlukan kita mencari kaedah agar perkara ini boleh dipermudahdan diselaraskan.

"Jika ini diselaraskan dengan baik,kita tahu tidak akan berlaku ketirisan kerana ia diselaraskan oleh kerajaan dan ini juga akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk memberi sumbangan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan Misi Kemanusian BinaSemula Syria oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Misi bantuan berkenaandilaksanakan Serantau Muslimyang juga Pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) membantu rakyat Syria membina semula kehidupanselepas konflik melanda negara itu.

Misi diketuai Pengerusi Serantau Muslim Kapten Bersekutu (PA) Mohd Hakim Mohd Nor itu akan menyalurkan bantuan makanan,melaksanakan program sokongan psikologi serta membincangkan pembangunan komuniti wakaf Malaysia.